lain kate ati ln kate mulut..ish2..

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia 

akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah 

sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah 

kerana cinta tumbuh di hatimu. 


Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi 

dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita 

inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri 

yang kita temukan di dalam dia.


Cinta Pertama Adalah Kenangan. Cinta Kedua Menjadi Pengajaran. Dan 

Cinta Yang Seterusnya Adalah Satu Keperluan Kerana Hidup Tanpa Cinta 

Bagaikan Masakan Tanpa Garam. Lantaran Itu Bajailah Cinta Yang 

Dianugerahkan Itu Sebaik-Baiknya. Agar Ia Terus Mekar Dan Wangi 

Sepanjang Musim.


Kita hanya memulakan sesaat untuk mengenali seseorang... seminit 

untuk menyukai seseorang... sehari untuk mencintai seseorang... namun 

kita memerlukan masa yang lama untuk melupakan seseorang... .


Kata pujangga Hamka, "Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi 

membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, 

tetapi menghembus kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi 

membangkitkan semangat.''


Renungan kata-kata... .."tak perlu mencari teman secantik balqis

andai diri tak sehebat sulaiman

mengapa mengharap teman setampan Yusuf

jika kasih tak setulus Zulaikha

Tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim

andai diri tak sekuat hajar

mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad

jika ada keburukan pada dirimu...bimbinglah dirinya dan terimalah 

kekurangannya sebagai satu keunikan dan carilah kebaikan pada 

dirinya...bersyukur lah dipertemukan dengannya

berdoalah semoga dia milikmu selamanya... ...


Minat bkn bererti cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga 

bukan bererti cinta dan suka juga tidak serasi dgn cinta, malah 

sayang juga bkn bererti cinta..tetapi CINTA adalah CINTA


Sungguh menyakitkan menyintai seseorang yg tidak mencintaimu, tetapi 

lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah 

memiliki keberanian utk menyatakan cintamu kepadanya


Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar 

ia lari, bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah 

seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk 

dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan 

yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati 

membiarkan pungguk merinduinya


Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga..Kerana 

bunga akan layu bila akhir musimnya..

No comments:

Post a Comment

 


Copyright © 2010 kEnape..? mEngape?? sIapA?? |Designed by mojak88